Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

15 Nov 2007

Informasi Embekkkk!!!

Kambing adalah haiwan yang mudah teradaptasi dengan pelbagai iklim dan altitud. Ini kerana kambing boleh menyesuaikan diri dipelbagai fenomena alam samada di kawasan pergunungan yang tinggi hingga ke kawasan padang pasir yang kering. Ia juga boleh didapati dikawasan beriklim tropika dan temperat. Walaupun begitu, disebabkan anggapan bahawa kambing boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang lasak menyebabkan ramai penternak menghadapi masalah terutama dari segi kesihatan dan kawalan penyakit. Kebanyakan kambing diternak dikawasan yang tidak sesuai dengan tanaman dan ternakan lain.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Malaysia masih mengimport sebanyak 94% daging & haiwan ternakan untuk memenuhi permintaan tempatan. Bilangan ternakan kambing di Malaysia pula didapati telah meningkat dari 284,257 (1990) kepada 293,871 (2007) namun Malaysia masih bergantung kepada hasilan import sebanyak 42,704 ekor (2003) dan 10,707.00 M.Tan (2003). Jumlah nilai import untuk ternakan hidup mencecah RM12.12 juta untuk tahun 2003, manakala untuk import daging kambing pula mencecah RM88.99 juta juga pada tahun yang sama. Berdasarkan statistik, penternakan kambing merupakan satu bidang yang berpotensi besar untuk dikomersialkan.

0 comments:

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online