Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

26 May 2008

Mesin Chopper Ku ...

Lepas setahun lebih beroperasi barulah kami mampu nak beli mesin chopper ni ... memandangkan bilangan kambing yang meningkat, lebih jimat tenaga kalau di "chop" kan rumput tu. Kalau tak letak dua guni, lebih dari setengah guni terbuang (jatuh bersepah).

Disamping tu, kami ambik masa nak survey jenis chopper yang sesuai dengan fungsi dan poket ... Kalau kami tengok2 la, sebenarnya dari utara ke selatan body chopper yang jenis ni sama jek kebanyakkannya, cuma boleh pilih nak enjin petrol, diesel or elektrik. Tapi ada tempat jual RM2900 ada yang sampai RM5000. Kami tengok sama je, dari segi housing, blade, feeder gear, pulley dan belting. Kami beli di Batu Pahat (sebab senang nak hantar) dan harga kat kedai tu RM3300 (enjin petrol Yamaha 5.5hp).

Kami penah juga tengok chopper yang lagi simple, takde feeder gear, blade dia macam mesin potong rumput tu jek ... dah test tapi tak berapa halus potongan napier dan mudah terbelit2. Untuk potong sikit2 ok laa ... dan kena la dengan harganya yang RM2000 ke bawah.

Masa baru pakai tu excited wooo ... maklumlah dulu duk tengok orang punya je.

0 comments:

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online