Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

2 Mar 2009

Badan, Gigi dan Tanduk ...

Salam,
Kali ni kami saja nak berkongsi pengalaman sambil meminta pandangan sahabat2 lain. Bagi mereka yang dah biasa beli kambing feral ni, mungkin dah melaluinya juga.

Pada awalnya, masa experience pun takde ... bila "segerombolan" feral dah tiba, kami pun ingat yang "badan" besar2 tu (berat 35kg - 40kg) gerenti dah cukup umur (utk akikah/korban) ... TAPI sebenarnya tak juga, banyak juga yang masih kesemua gigi kecil lagi. Ada juga yang "badan kecik" (berat ~30kg) dah salin sepasang gigi depan tuu... ehmm.

Lepas tu, kami cuba berpandukan pada panjang "tanduk" pula. Mulanya, ingatkan tanduk yang dah "corner" sekali (tau kan..camne..? tak tau call ...hehehe) tu gerenti dah cukup umur ... TAPI sebenarnya tak juga, masih ada juga yang kesemua gigi kecil lagi. Walaubagaimanapun, setakat yang kami jumpa, yang mana tanduk dah 2 kali corner tu, dah pun salin gigi depannya, insyaAllah dah cukup umur.

Abeh tu camne?? ... kami sebagai pembekal mestilah bertanggungjawab memastikannya. Jadi, terpaksalah buat 100% check ... bukak mulut tuuu. Sampai lebam2 celah peha duk menunggang feral .... isykkkk. Sape biasa buat, tau la mcm mana liar dan bertenaganya feral2 ni.

Apa2 pun, kepada pembeli / penternak, diminta pastikan ... bila dah pilih tu, sila cek sendiri masa dikandang kami ... manalah tau kan, kami ni hamba Allah yang lemah, tak terkecuali dari melakukan kesilapan. Itulah komitmen kami ... InsyaAllah.

Ape lagi ... jom la beli kambing kami ... heee :)

-> Tempahan dibuka untuk shipment 16Mac09, akan ditutup pada 12Mac09.

0 comments:

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online