Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

29 Dec 2009

Salam,


Cuti2 hujung minggu dimanfaatkan sepenuhnya ... kerja2 meng"upgrade" kandang sedia ada untuk menjadi PUSAT JUALAN D'BARAQAH FARM BATU PAHAT ... hehehe. Cita2 tinggi melangit, kaki masih berpijak di bumi yang nyata. Mudah2an lancar dan berkat InsyaAllah.

Walaupun kerja masih dijalankan, Jualan Runcit dan Borong sudah beroperasi ... kepada penternak dan pembeli di lokasi berdekatan silalah call orang kuat (dan encem ... bujang lagi tauuu...!) D Baraqah Farm Batu Pahat, ZAM (Mohd Nizam). Nombor tepon dia kat belah kiri tuu ...

Lokasi kami hanya ~ 2km dari Pusat Bandar Batu Pahat !!!

22 Dec 2009

Salam,


Sebagai galakkan kepada rakan2 penternak yang ingin mula berniaga kambing slaughter ... :)

Special delivery untuk penternak yang ingin mula berniaga kambing, tapi tak cukup modal nak sewa lorii ... hehehe.

18 Dec 2009

HIJRAH KAMI ...

Salam Maal Hijrah,

Sempena mengambil keberkatan awal muharram ini, D' Baraqah Farm telah mengorak langkah setapak lagi dengan membuka cawangan kami di BATU PAHAT, JOHOR.

Sempat update sikit je la buat kali ini, sebab penat dengan upacara pecah tanah ... hehehe ... layan gambar dulu la ya ...

Doa kan lah kami terus berjaya ... InsyaAllah.

p/s: JUALAN di Cawangan Pontian seperti biasa, sila lah ya pilih2 ... :)



9 Dec 2009



Salam,

Cuma sedikit yang nak diketengahkan buat kali ini. Ramai yang sudah maklum dan banyak initiatif positif yang cuba untuk mengumpul info dan memasarkan kambing tempatan untuk sembelihan atau daging.

Secara ringkas, bekalan kambing tempatan memang masih tidak dapat "ngam" dari segi kuantiti, spesifikasi dan harga. Setelah beberapa pihak berpusing2 cari info ... pi mai pi mai ... tang tu juga faktanya. Fikir2 dan renungkan bersama ... nak tau jawapan?? anda kena menternak dulu setahun dua ... :)

Sementara mereka duk pikir2 tu ... kita sebagai penternak kecil janganlah menunggu dan menaruh harapan sahaja ... teruskan "berniaga" kambing.

Dikesempatan ini ... kami pun nak umumkan bekalan kambing yang baru sampai pagi ni ... hehehe ... sila lah pilih kambing yang "ngam" untuk anda di kandang kami ni ya ...

-- Dah lama ku tunggu stok saiz sebegini ... akhirnya sampai juga ... range 35kg - 60kg.

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online