Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

28 May 2010

Stock FERAL Baru ...

Salam,


Stok feral baru telah pun sampai semalam. Tak sempat nak update segera sebab banayk melayan jualan runcit ... walau pun belum musim cuti lagi, dah ramai yang mula buat majlis hujung minggu ni.

Dapatkan stok anda ya ... cuti panjang tu, business pun InsyaAllah panjang rezeki nya ...

Bagi peminat BIRI2 ... nantikan kedatangannya pada akhir minngu hadapan!!!

21 May 2010

Salam,


Sementara tunggu next stock, mari kongsi ilmu ... kita buat cerita je la yaa ... takde mengena dengan yang idup atau dah mati ...

Katakanlah si Atan ni nak mula meniaga kambing untuk sembelihan akikah/ korban (feral/biri) secara kecil2an. Ada modal pun cukup untuk beli borong 5 ekor. Kalau yg. ada modal nak beli 50ekor, lain pulak ceritanya ya. Ni cerita Atan peniaga kecil ...

Dia pun survey lah harga ... untuk yg saiz 40kg.
Pembekal A bagi harga RM 490/e siap hantar. Kambing dah ready atas kandang, boleh pilih terus bayar dan ambil.
Pembekal B bagi harga RM 470/e siap hantar. Tapi kambing kat Australia lagi ... ehmmm katanya seminggu lagi sampai KLIA ... ehmmm "betui kaa" kata Atan.

Musim akikah lagi seminggu, Atan confident boleh jual RM650 seko siap potong (Mak Bedah memang dah tanya2 pasal kambing nak buat akikah cucu dia nanti ... )
Untung kasar dalam rm 160 (kalu amik ngan Pembekal A) atau
RM 180 (kalu amik ngan Pembekal B)

Rasa2 nya dgn sape patut Atan amik kambing tu ... A atau B?

Senang je kot nak jawab ... tapi bak kata orang Sanglang, consider lah ... faktor Opportunity Lost (kalu dia tunggu kambing yang masih kat Australia semata2 nak untung lebih lagi RM20, last2 shipment delay, kambing tak sampai).

Hanya cerita dan pendapat kami sahaja. Di harap dapat iktibar ...

19 May 2010

Salam,


Untuk makluman, stok Feral yang baru sempena musim cuti sekolah akan datang telah selamat tiba di kandang Sanglang, Pontian pagi ni.

Sila dapatkan stok anda segera sebelum kehabisan. Akhir2 ni memang saiz cantik ...!

Lebih menarik lagi, kami ada bagi special offer untuk loyal customer. Sila call yaa ...

1 May 2010










Salam,

Ketibaan stok baru feral pada 29hb lepas meriangkan suasana kandang ku kembali ... hehehe.

Hari ni dah sunyi balik ... next group akan masuk pada 11hb May 10. InsyaAllah.

Marilah bersama kita bersedia untuk berniaga kambing di musim cuti sekolah akan datang.


PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online