Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

26 May 2008


Hari ni kita sambung lagi cerita la … penat tak hilang lagi, baru je sampai dari Pontian. Weekend lepas kami hantar supply garam bukit dan pegi menebang pokok buluh nak buat partition… Kami dah pun letak stok garam bukit yg mencukupi di Sanglang dan Batu Pahat. Jadi senang sikit pembeli nak ambil sendiri di lokasi mana yang lebih dekat.


Memandangkan tanah projek kami ni agak terhad, jadi kena buat partition dan plan untuk memaksimumkan penggunaan tanah. Buluh-buluh tu aku nak buat partition untuk kawasan kambing beriadah di bawah cahaya matahari .. hahahaha … best la kau kambing …!


Sedikit ilmu praktikal (sebab masa saya kursus tak di ajar ttg ni … tidor kot … hehehe) ingin di kongsi, kami rasa perlu kambing2 ni dilepaskan sekali2 … bagi mengurangkan jangkitan kurap yang disebabkan “fungus” … ada org panggil kurap lembap. Kalau kurap kering (kutu/ lice), senang inject pakai dektomax … tapi kurap basah ni dia akan senang berulang2. Jadi dari pengalaman kambing kami, dengan menjemur mereka ... hehehe … hilang masalah kurap lembap ni. Tapi waktu depa lepas tu kena pantau kambing2 ni … kang merayap tak tentu pasal. Pastikan tempat mereka beriadah tu taklah lecak atau berlumpur dan berPAGAR … nanti sakit lain pulak datang.


Satu lagi berita gembira untuk dikongsi bersama … Minggu lepas kami dah dapat offer letter dari Agro Bank untuk permohonan Skim 3F tuu … Alhamdulillah … bole la kami teruskan dengan perancangan seterusnya. InsyaAllah next week kami akan sign kontrak pinjaman tersebut …

0 comments:

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online