Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

23 Jun 2008

Apa Khabar ...

Salam untuk semua,


Sedikit perkembangan yang ingin di kongsi bersama. Taman riadah kambing sudah 90% siap. Lihatlah jogging track yang telah dibina … sungguh menenangkan. Ni nak bela kambing ke nak buat taman rekreasi …?? Dua-dua sekali dalam satu masa, kalau bole apa salahnya kan … dengan kos = free, buluh liar dan tanah kosong yang ada … gunakanlah sekreatif yang boleh.

Tak perlu saya komen tentang kerisauan dan tekanan ke atas penternak disebabkan harga barang naik dan secara direct nya kos penternakan juga naik … hanya pandangan sepuluh sen dari kami … bagi penternak kecil seperti kami ni … gunakanlah aktiviti penternakan ini sebagai satu cara untuk anda beriadah. Tambah nilai kepada bisnes kambing anda ini dengan nilai-nilai “fun” dan “stress free” activity. Kalau tidak kita akan dirundung rasa stress dan rasa nak give-up.

Oh ya … Alhamdulillah, sepuluh hari yang lepas kami dapat seekor anak kambing betina, sihat. Berat lahir 3.7kg dan sekarang dah 6.5kg. Hari ni kami dapat sms, ada lagi seekor induk yang dah melahirkan anak … kami akan sambung cerita nanti …

1 comments:

Samdaddycool said...

geram sunggoh tgk anak kambing yg come lote nih!!! rasa nak kupicit-picit!!! :P

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online