Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat
29 Jan 2009
Salam,
Dulu pernah dengar dan baca orang cerita pasal kambing jantan kena batu karang. Ada yang sampai keluar air kencing berdarah dan last sekali kena sembelih la ... ishkkk sungguh menakutkan dan seram sejuk poket ... mahal tuuu kalau nak disembelih.
Bulan lepas seekor kambing jantan kami tu tiba2 tak aktif memanjat. Bila di belek2, air kencing dia pun keluar halus je ... kami pun suspek batu karang atau salur kencing bengkak (jangkitan). Atas nasihat Dr Zul (Glovet) kami pun cuba beri "ammonium chloride" selama seminggu dan ubat anti-bengkak "fluximine (betul ke eja ..?)". Alhamdulillah lepas minggu kedua, jantan ni dah boleh tersenyum dan memanjat semula ... hehehehe exaggerate skit. Tapi betul la ... dah bole aktif balik.
Thank you Dr Zul (bole bg diskaun beli ubat ya ... dah tolong promo ni ... kalu u baca la blog ni ... hehehe)
Jadi, pengajaran untuk kami adalah elok gak simpan stok ammonium chloride tu, boleh di beri sebulan sekali kepada semua pejantan bagi mengelakkan masalah batu karang, InsyaAllah. Dosnya, bole refer pada Dr Vet anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...
Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :
d_baraqah@yahoo.com
d_baraqah@yahoo.com
0 comments:
Post a Comment