Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

15 Nov 2007

Kambing adalah haiwan yang mudah teradaptasi dengan pelbagai iklim dan altitud. Ini kerana kambing boleh menyesuaikan diri dipelbagai fenomena alam samada di kawasan pergunungan yang tinggi hingga ke kawasan padang pasir yang kering. Ia juga boleh didapati dikawasan beriklim tropika dan temperat. Walaupun begitu, disebabkan anggapan bahawa kambing boleh menyesuaikan diri dengan keadaan yang lasak menyebabkan ramai penternak menghadapi masalah terutama dari segi kesihatan dan kawalan penyakit. Kebanyakan kambing diternak dikawasan yang tidak sesuai dengan tanaman dan ternakan lain.

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Malaysia masih mengimport sebanyak 94% daging & haiwan ternakan untuk memenuhi permintaan tempatan. Bilangan ternakan kambing di Malaysia pula didapati telah meningkat dari 284,257 (1990) kepada 293,871 (2007) namun Malaysia masih bergantung kepada hasilan import sebanyak 42,704 ekor (2003) dan 10,707.00 M.Tan (2003). Jumlah nilai import untuk ternakan hidup mencecah RM12.12 juta untuk tahun 2003, manakala untuk import daging kambing pula mencecah RM88.99 juta juga pada tahun yang sama. Berdasarkan statistik, penternakan kambing merupakan satu bidang yang berpotensi besar untuk dikomersialkan.

12 Nov 2007

Proses perancangan perniagaan dari segi modal, kawasan, baka, latihan dan macam-macam lagi laahh ... seperti yang tuan semua sudah maklum, memakan masa berbulan-bulan jugak.

Alhamdulillah, pada bulan Januari 2007 kami telah memperolehi modal untuk memulakan projek D' Baraqah Farm ini. Pada bulan Mac 2007, kandang siap di bina. Kandang permulaan kami hanya bersaiz 14 kaki x 40 kaki.

Pada bulan Jun 2007, kami telah mula menternak pelbagai jenis baka kambing dari baka boer, feral & kalahari.

Bermula pada bulan Oktober 2007, kami juga telah mula memasarkan kambing untuk majlis akikah dan korban. Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak yang sudi berkongsi pengalaman serta ilmu.

Diharap industri ini akan terus berkembang maju selari dengan usaha dan matlamat kerajaan bagi melahirkan ramai jutawantani menjelang 2020.

Wah!...show off... inilah jantan machoo Full Blood ku yang gedebe!!. Jauh perjalanannya... berpisah dengan kembarnya di Afrika Selatan berhijrah ke Australia dan akhirnya menetap di Kg. Sanglang, Pontian.






2008...D'B
araqah on the move!!!
Salt mine...
Dok pejam celik, pejam celik... 2008 pun dah nak menghampiri pertengahannya. Hidup mesti di teruskan... Visi memajukan diri berasaskan tani perlu di teruskan. Perancangan untuk membina kandang kedua ku yang bakal menjadi salt mine (tempat kerja) ku telah pun di atur.

Perrh!!...macam tak cayo lak. Apapun kita kena berani, itulah senjata yang utama perlu ada dalam diri.

Inilah pengorbanan ku dan tanggungjawab yang harus dipikul... berbakti kepada alam akan ada hikmahnya. Dalam bidang ini, semua terletak di hati. Semangat yang kental paling utama. Kalau dah patah semangat, segala-galanya akan punah-ranah. Kandang hanya tinggal kandang.

Jadi bulatkan semangat, Teguhkan tekad. Tuah ayam mungkin nampak di kaki...tuah kita sepatutnya kita yang akan tahu! Mungkin dikandang!!! Belum mencuba belum tahu tuahnya.

Dah siap dah ni.... Kandang yang tak seberapa cantik tapi terlalu indah di hati aku... ha!ha!ha! Apo tak Indah lai yo jang..banyak dah RM den habis ni... hanya menunggu masa dan ketika untuk beroperasi.

Tungguuu!!!









WINNING!!! is thingking one step a head.

Untuk berjaya...tak semudah yang diangankan, tak salah berangan untuk berjaya kerana kejayaan selalunya terhasil dari angan-angan. Alahai! bukan nyer kena bayarpun kalau berangan...cuma jangan terlebih angan.

Coming soon! Signboard: Sedang menunggu kelulusan pihak berkuasa daerah.
Strategi pemasaran telahpun di atur. Permulaan ni lebih kepada kajian kes dari rakan-rakan penternak di sekitar Kuala Selangor, Bangi dan Batu Pahat. Al maklumlah kita ni modal ciput jer... kita pilihlah dari kes-kes yang agak sesuai untuk dilaksanakan.

Bercakap pasal modal....Pada 22hb April 08, D’ Baraqah Farm menerima kunjungan dari Agro Bank (dulunya Bank Pertanian). Ini merupakan satu penghormatan yang amat kami hargai. Kunjungan ini merupakan tindakan susulan dari pihak Agro Bank di atas permohonan “3-F” kami. Sungguh diluar dugaan, maklumlah selama ni duk dengar banyak cerita itu ini, begitu begini, tentang “Bank Pertanian” ni… Tapi apa yang kami alami semalam berlainan sekali, tepat 2 minggu selepas kami mengahantar permohonan skim 3-F, kami menerima panggilan dari Agro Bank untuk melawat tapak projek kami. Kira baguih la tu kan … ada satu international bank (takyah sebut nama laa …) pun mengambil masa 2 – 3 minggu untuk respond kepada loan application kami … belum approval lagi tu … Harap-harap process Approval dan Disbursement selepas ni pun PANTASSS … hehehe (kami akan share kemudiann … tungguuuu …)

Buntings 2'x6': Kalau nampak bunting ngan signboard ni...singgahlah yek!.


Di pendek kan cerita, Kami pun dengan berbesar hati memberi serba sedikit penerangan tentang facitlity yang telah ada, baka2 yang di ternak, pengendalian kandang, rancangan perniaagaan dan permintaan pasaran setakat ini. Kami terangkan kepada mereka tentang prinsip kami – bergerak setapak demi setapak dengan cermat, keyakinan dan ketabahan dan mereka amat bersetuju dengan pendekatan itu. Selepas lebih kurang setengah jam (sekejap jek .. coz kandang bukan besar sangat pun .. hehehe) kami pun berehat2 lah sambil berborak2 lagi … di bawah pondok pemprosesan baja kompos (bakal .. belum start lagi …jadi bersih lagi tu …, tengok gambo nanti kalu tak caya).


Lebih kurang sejam selepas tu, kami pun mengucapkan terima kasih di atas kunjungan pihak Agro Bank dan Bye-bye … puhhhh legaaa .. Tapi mintak maap banyak2 la pada mereka sebab tak dapat nak menghidangkan apa2 pun, abih tu camne … mereka pun terpasa nak rush ke 3 ke 4 tapak projek yang lain.

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online