Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

28 Aug 2008

Salam,

Di dalam situasi ekonomi dan politik yang tak menentu, kami lihat banyak penternak2 kecil (spt kami) yang semakin suram ... bukannya mengalah tetapi kami percaya menyusun atur semula langkah untuk maju ke depan ... betul tak. Kalu begitu lah keadaannya... bagus, usaha kena berterusan dan hati kena tabah.
Kami suka berkongsi cerita dan pengalaman yang kami lalui ... mungkin boleh di contohi dan kalau silap tolonglah tegur.

Bulan ni siap lagi satu kandang!!! ... kecik jekkk ... hehehehe ... ikut kemampuan. Kandang ni kami buat untuk kambing2 akikah / korban. Kandang utama kami nak reserve untuk kambing baka2 dan anak baru sahaja.
Ukuran 6' x 12' ... murah, ringkas dan senang diselenggara. Menggunakan kayu dan zink terpakai dan sikit kayu baru ... Kos keseluruhan tidak sampai RM500. Ok la tu kan ... kurang dari RM7/sqft jek. Soo ... sapa kata nak start bela dan meniaga kambing kena puluh ribu ringgit??!

Kami jugak mengucapkan selamat datang kepada penghuni pertama kandang ini .. Mr Shawn ...aka Shawn the Sheep :)
Tempahan untuk korban dan akikah juga di buka !!! Hubungi kami untuk maklumat lanjut ...




26 Aug 2008

Salam,

Pada 28/7/08 seekor ibu F4 kami melahirkan seekor anak kambing (F5) betina, sihat. Tapi ... matanya takde !!! ... ehhh ... macam termasuk ke dalam. Rupa2nya anak mata kambing tu kecik ... dan kelopak mata masih tak terbuka.

Selepa lebih kurang 2 minggu anak kambing boleh buka mata sikit2 ... tapi masih macam sensitif pada cahaya. Kami hanya tuamkan mata dan bersihkan setiap hari.

Alhamdulillah setelah hampir sebulan anak kambing ni .. yg digelar "Sepet" telah pulih sepenuhnya, aktif dan berat 11kg.

Sepet mempunyai ciri2 Boer F5 yang ketara ...




19 Aug 2008

Hari ni cerita freestyle sikit ...

Last weekend, pegi MAHA2008 ... memang sambutan hangat, dapat melawat rakan2 penternak yang dah berjaya dan menggelapkan kulit ... panas terikkk... Facility kat situ dah banyak improve dari tahun 2007. Kemudahan surau, tempat makan, bus/ tram memudahkan pengunjung.

Di ruangan ini juga kami nak berterima kasih kepada Jabatan Haiwan Daerah Pontian, kerana sering berkunjung ke kandang kami, jika tidak untuk merawt, memantau tetapi juga membeli molases kami. Oh yaaa ... sekarang kami dah ada stok molases yang memang insyaAllah sentiasa ada ... datang je la .. kalau nak beli.

Posting kali ni takde gambo .. sori la yekk ... coz last time kat kandang aku lupa bawak camera ...:)

See yaaa ...

7 Aug 2008

Gambar2 kambing kami di kawasan riadah ... seronok je kambing2 ni sesekali dapat bebas. Bila duduk tengok depa2 ni meragut sana-sini terasa betul macam "Syawal - Si Pengembala kambing - Citer Ahmad Albab" hehehe ...
Memang tenang di hati dan fikiran ... di sini aku dapat lupakan habih semua kerja2 dan masalah ofis untuk seketika .... aku rasa ni la hobi yang paling best aku pernah ceburi.




PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online