Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

30 Jan 2009

Salam,

Just nak inform, stok Merino dah pun selamat sampai di kandang kami. Alhamdulillah, urusan dari KLIA ke kandang lancar. Gambo takde la .. sorry. Tapi rupa depa ni serupa je la mcm gambo Merino haritu (ada kat bawah tu) ... hehehe.

Silalah tinjau2 dan tanya2 ya ...

Oh yaa ... jangan lupa booking stok Feral anda cepat jika nakkan diskaun.

29 Jan 2009

Salam,

Dulu pernah dengar dan baca orang cerita pasal kambing jantan kena batu karang. Ada yang sampai keluar air kencing berdarah dan last sekali kena sembelih la ... ishkkk sungguh menakutkan dan seram sejuk poket ... mahal tuuu kalau nak disembelih.

Bulan lepas seekor kambing jantan kami tu tiba2 tak aktif memanjat. Bila di belek2, air kencing dia pun keluar halus je ... kami pun suspek batu karang atau salur kencing bengkak (jangkitan). Atas nasihat Dr Zul (Glovet) kami pun cuba beri "ammonium chloride" selama seminggu dan ubat anti-bengkak "fluximine (betul ke eja ..?)". Alhamdulillah lepas minggu kedua, jantan ni dah boleh tersenyum dan memanjat semula ... hehehehe exaggerate skit. Tapi betul la ... dah bole aktif balik.

Thank you Dr Zul (bole bg diskaun beli ubat ya ... dah tolong promo ni ... kalu u baca la blog ni ... hehehe)

Jadi, pengajaran untuk kami adalah elok gak simpan stok ammonium chloride tu, boleh di beri sebulan sekali kepada semua pejantan bagi mengelakkan masalah batu karang, InsyaAllah. Dosnya, bole refer pada Dr Vet anda.

28 Jan 2009

Cerita lagi ...

Salam,
Kali ni nak cerita tentang perkembangan projek kambing ni ... bukan Advert...(",)

Memandangkan dah banyak aktiviti keluar masuk, semenjak kami establish pusat jualan borong, maka kena la kami improve kan jambatan kayu kami tu ... Apa lagi ... buat jambatan konkrit la pulak.

Alhamdulillah, dengan sedikit bantuan kewangan dari sedara mara, kami dapatlah buat jambatan konkrit lebar 8' ni. Kalu setakat lori 3 tan boleh lagi masuk. Mahal juga ya ... baru tau ... huuuuuu. Ok la kan ... Bergerakkkk lagi setapak ... hehehe. Sekarang ni kalu nak lintas tali air tu dah bole berlenggang kangkong ...dulu kalu nak lintas, lutut pun bergoyang.
Jambatan kayu lama tu kami tak robohkan ... dah banyak berjasa tuuu ... kurang2 80ekor kambing dah penah lintas tu. Lagi pon ia menjadi satu memori dan akan selalu mengingatkan kami bagaimana asal projek kami ini bermula.

19 Jan 2009

Salam tuan2/ puan2. Stok baru kambing akikah/korban/daging, selamat sampai semalam. Kami bawa ke Pontian kambing 30e Feral dan 10e Biri Merino.

Harga seperti biasa. Untuk stok akan datang kami menawarkan diskaun seperti kat sebelah kanan tu ... Jadi, apa tunggu lagi ... :)

Ohh yaa ... kami mengalu2kan samada syarikat atau orang persendirian yang boleh membantu kami untuk buat delivery kambing ni di sekitar Johor. Sila hubungi kami ya ...


4 Jan 2009

Salam untuk semua,

Walaupun dah agak terlewat, kami ingin mengucapkan salam maal hijrah dan selamat tahun baru.

Berita gembira untuk kami, semenjak 25hb Dis hingga ke hari ini, kami telah dikurniakan 8 ekor anak ... kambing. Alhamdulillah. Semua sihat dan average berat sekitar 3.5kg. Musim kali ni banyak Jantan dari Betina. Antara gambar yang sempat saya ambil seperti kat bawah tu. Ohhh yaa ...!! ada seko tu lahir pada 1/1/09 jam 1pagi ... sesapa nak volunteer bagi nama boleh jugak ... hehehe.

Dalam sebulan yg lepas ni pun agak sibuk jugak dengan menambah infrastucture kami di kandang. Tunggu akan perkembangan selanjutnya ...

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online