Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

24 Nov 2008

Memandangkan Pejantan sulong kami tak cukup "kaki" nak melayan induk2 ... dan memandangkan ada anak2 betina yang bakal menjadi dara tak lama lagi ... maka kami pun telah menambah seko lagi Jaguh ...

Kami memprkatikkan cycle 1minggu rehat dan 3 minggu bercampur (mengawan) ... setakat ni nampak efektif. Jadi kalau dah ada dua Pejantan, bole la bergilir2 ...
Tips lagi untuk rakan ternak baru seperti saya di dalam memilih Pejantan. Bagi yang berkemampuan, pilih pejantan yang betul2 dah matang dan "ready to go" ... biasanya yg berumur 15bulan ke atas. Contoh bila beli Boer FB, kalau beli yg muda (10bulan) harga dlm RM2200, mungkin kena tunggu Pejantan tu 5 ke 6 bulan baru betul2 aktif memanjat induk ... tapi bagi FB yg 15 ke 18bln memang kadang2 mahal sikit (lebih RM200 ke Rm300), tapi kita akan dapat lihat hasil / reaksi yang lebih cepat. Walau bagaimanapun, tepuk dada tanya budget dan biz plan dulu ...

20 Nov 2008

Kandang # 4

Salam, semoga rakan pengunjung masih setia bersama kami ...


Kami nak paparkan gambo kandang "modular" kami yang kedua ... jadi dah ada 2 dah sekarang. Dari segi saiz ... kedua2nya 6' x 12' dan setakat ni memang sesuai bagi penternak yang kekurangan kawasan seperti kami. Dari segi kos memang minima (kurang RM500). Kami banyak gunakan kayu dan zink 2nd hand. Kos buruh ... 2 botol 100 plus ... buat sendiri la ... 2 hari siap.

Kandang2 ni sebenarnya untuk kuarantin bagi kambing2 yang baru sampai. Selepas 2 bulan baru kambing2 baru di benar bercampur dgn kambing2 baka yang lain. Juga bersesuaian untuk kambing2 trading yang cepat keluar dan masuk ...

!!!! Akan datang .. STOK baru kambing untuk KORBAN / AKIKAH ... harga BORONG!!! Sila hubungi kami untuk tempahan, kerana supply kami pun TERHAD loooo ...






13 Nov 2008

Lawatan ke mana anak2 ...?? Zoo Negara..!! , mengambil kesempatan sebelum cuti sekolah "rush"... kami sampai pukul 9.30am dan pulang 12noon. Sempat tengok "animal show" at 11am.


Antara gambar-gambar yang seronok untuk di kongsi dan ada sedikit kaitan dengan tema blog ni ...kambing / lembu / ternakan ...


Note: Ada jugak depa2 ni kat sini yea ... hehehe ... bagus jugak tu bagi yang takde peluang nak kenal macam mana rupa kambing.


Note: Haa ..yang ni kalau nak bela boleh jugak ... ada potensi ... daging pun sedappp ...

Note: Bagi penternak lembu ... yang ni agaknya kalau buat Pejantan sure excellent ...

Note: errrrrhhmmm ... yang ni bule suruh jaga kebun kott ... sendiri la mau ingat.

Okeh ... enough for such a sideline story. We'll be back with more kambing soon, InsyaAllah. Terima kasih ...

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online