Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

3 Dec 2008


Salam,

Setapak lagi ke hadapan, kami telah mewujudkan pusat jualan kambing secara borong bagi penternak di Johor.

Kami mempunyai stok biri2 merino, feral dan boer untuk akikah / korban / daging. Belian borong dari kami amat digalakkan dan belian runcit juga amat dialu-alukan ... :)

Senarai harga kami ada tertera di sebelah kanan atas tuuu ...

Kami menawarkan harga borong dengan belian minimum (5 ekor), yang berpatutan bagi penternak2 kecil yang baru nak "bertrading" ... Kambing / biri2 boleh ambil di kandang kami ayer baloi, pontian.

Kepada pembeli setia, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. Bagi pembeli baru, sila ke kandang atau hubungi kami untuk meninjau barang dan berunding. Sekiranya harga kami masih tak kompetitif tolong beritahu supaya kami dapat menganalisa di mana kelemahan kami, dan InsyaAllah kita boleh bersetuju pada harga yang tertentu.

24 Nov 2008

Memandangkan Pejantan sulong kami tak cukup "kaki" nak melayan induk2 ... dan memandangkan ada anak2 betina yang bakal menjadi dara tak lama lagi ... maka kami pun telah menambah seko lagi Jaguh ...

Kami memprkatikkan cycle 1minggu rehat dan 3 minggu bercampur (mengawan) ... setakat ni nampak efektif. Jadi kalau dah ada dua Pejantan, bole la bergilir2 ...
Tips lagi untuk rakan ternak baru seperti saya di dalam memilih Pejantan. Bagi yang berkemampuan, pilih pejantan yang betul2 dah matang dan "ready to go" ... biasanya yg berumur 15bulan ke atas. Contoh bila beli Boer FB, kalau beli yg muda (10bulan) harga dlm RM2200, mungkin kena tunggu Pejantan tu 5 ke 6 bulan baru betul2 aktif memanjat induk ... tapi bagi FB yg 15 ke 18bln memang kadang2 mahal sikit (lebih RM200 ke Rm300), tapi kita akan dapat lihat hasil / reaksi yang lebih cepat. Walau bagaimanapun, tepuk dada tanya budget dan biz plan dulu ...

20 Nov 2008

Kandang # 4

Salam, semoga rakan pengunjung masih setia bersama kami ...


Kami nak paparkan gambo kandang "modular" kami yang kedua ... jadi dah ada 2 dah sekarang. Dari segi saiz ... kedua2nya 6' x 12' dan setakat ni memang sesuai bagi penternak yang kekurangan kawasan seperti kami. Dari segi kos memang minima (kurang RM500). Kami banyak gunakan kayu dan zink 2nd hand. Kos buruh ... 2 botol 100 plus ... buat sendiri la ... 2 hari siap.

Kandang2 ni sebenarnya untuk kuarantin bagi kambing2 yang baru sampai. Selepas 2 bulan baru kambing2 baru di benar bercampur dgn kambing2 baka yang lain. Juga bersesuaian untuk kambing2 trading yang cepat keluar dan masuk ...

!!!! Akan datang .. STOK baru kambing untuk KORBAN / AKIKAH ... harga BORONG!!! Sila hubungi kami untuk tempahan, kerana supply kami pun TERHAD loooo ...






13 Nov 2008

Lawatan ke mana anak2 ...?? Zoo Negara..!! , mengambil kesempatan sebelum cuti sekolah "rush"... kami sampai pukul 9.30am dan pulang 12noon. Sempat tengok "animal show" at 11am.


Antara gambar-gambar yang seronok untuk di kongsi dan ada sedikit kaitan dengan tema blog ni ...kambing / lembu / ternakan ...


Note: Ada jugak depa2 ni kat sini yea ... hehehe ... bagus jugak tu bagi yang takde peluang nak kenal macam mana rupa kambing.


Note: Haa ..yang ni kalau nak bela boleh jugak ... ada potensi ... daging pun sedappp ...

Note: Bagi penternak lembu ... yang ni agaknya kalau buat Pejantan sure excellent ...

Note: errrrrhhmmm ... yang ni bule suruh jaga kebun kott ... sendiri la mau ingat.

Okeh ... enough for such a sideline story. We'll be back with more kambing soon, InsyaAllah. Terima kasih ...

18 Oct 2008

Salam,

Memandangkan isu kambing kasi untuk ibadah akikah dan korban telah dibangkitkan sekali lagi ... maka saya ingin paparkan surat pengesahan dari JAKIM di bawah untuk penternak dan pengguna sekalian ... Surat ni saya dapat dari seorang "Otai" yang sudi utk. share info ni pada semua, tapi nama dirahsiakan atas sebab2 privacy ...
Dengan ini juga pengguna mempunyai lebih banyak pilihan ... diharap juga dapat beribadah disamping mendapat pilihan daging kambing yang lebih baik.
Tuan/pan boleh juga bertanya secara direct ke JAKIM sekiranya ada maklumat tambahan / kepastian diperlukan.

Wallahu'alam.


7 Oct 2008

Kami ada 3 ekor anak kambing jantan untuk di jual (seperti gambar). Umur semua 3 bulan dan sudah cerai susu. Berat badan antara 17kg ke 18kg. Growth rate mereka dari lahir sangat baik dan sesuai untuk dijadikan Pejantan untuk menambah baik baka2 kambing anglo, kampung dan cross.

Sila hubungi kami untuk berbincang dengan lebih lanjut.


Boer F3

(Anak dari induk F2 dan pejantan FB)
Harga Tawaran = Call for update (Now 6mths)
Berat = ~25kg (updated)






SOLD!!! (Nov.08)
Boer F5
Anak dari induk F4 dan pejantan FB
Berat = 25kg





SOLD!!! (Jan.09)
Boer F5
Anak dari induk F4 dan pejantan FB
Berat = ~25kg

Kami beraya sebulan jadi kira belum terlambat lagi untuk ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf sekiranya ada salah silap tuturkata atau penulisan yang menyinggung.

Raya tahun ni casual sahaja ... Alhamdulillah kami dapat menyempurnakan hajat kami untuk menjamu tetamu dengan daging kambing Boer di hari raya pertama. Kerja menyembelih dan melapah dibuat di kawasan kandang, Sanglang.

Sedapppp ... masak rendang, sate dan sup "power" ... compliment to our chef, Mak Tok. Tapi gambar rendang dan sate lupa nak ambik, sebab terlalu syiok makan, sedar2 dah habis.

28 Aug 2008

Salam,

Di dalam situasi ekonomi dan politik yang tak menentu, kami lihat banyak penternak2 kecil (spt kami) yang semakin suram ... bukannya mengalah tetapi kami percaya menyusun atur semula langkah untuk maju ke depan ... betul tak. Kalu begitu lah keadaannya... bagus, usaha kena berterusan dan hati kena tabah.
Kami suka berkongsi cerita dan pengalaman yang kami lalui ... mungkin boleh di contohi dan kalau silap tolonglah tegur.

Bulan ni siap lagi satu kandang!!! ... kecik jekkk ... hehehehe ... ikut kemampuan. Kandang ni kami buat untuk kambing2 akikah / korban. Kandang utama kami nak reserve untuk kambing baka2 dan anak baru sahaja.
Ukuran 6' x 12' ... murah, ringkas dan senang diselenggara. Menggunakan kayu dan zink terpakai dan sikit kayu baru ... Kos keseluruhan tidak sampai RM500. Ok la tu kan ... kurang dari RM7/sqft jek. Soo ... sapa kata nak start bela dan meniaga kambing kena puluh ribu ringgit??!

Kami jugak mengucapkan selamat datang kepada penghuni pertama kandang ini .. Mr Shawn ...aka Shawn the Sheep :)
Tempahan untuk korban dan akikah juga di buka !!! Hubungi kami untuk maklumat lanjut ...




26 Aug 2008

Salam,

Pada 28/7/08 seekor ibu F4 kami melahirkan seekor anak kambing (F5) betina, sihat. Tapi ... matanya takde !!! ... ehhh ... macam termasuk ke dalam. Rupa2nya anak mata kambing tu kecik ... dan kelopak mata masih tak terbuka.

Selepa lebih kurang 2 minggu anak kambing boleh buka mata sikit2 ... tapi masih macam sensitif pada cahaya. Kami hanya tuamkan mata dan bersihkan setiap hari.

Alhamdulillah setelah hampir sebulan anak kambing ni .. yg digelar "Sepet" telah pulih sepenuhnya, aktif dan berat 11kg.

Sepet mempunyai ciri2 Boer F5 yang ketara ...




19 Aug 2008

Hari ni cerita freestyle sikit ...

Last weekend, pegi MAHA2008 ... memang sambutan hangat, dapat melawat rakan2 penternak yang dah berjaya dan menggelapkan kulit ... panas terikkk... Facility kat situ dah banyak improve dari tahun 2007. Kemudahan surau, tempat makan, bus/ tram memudahkan pengunjung.

Di ruangan ini juga kami nak berterima kasih kepada Jabatan Haiwan Daerah Pontian, kerana sering berkunjung ke kandang kami, jika tidak untuk merawt, memantau tetapi juga membeli molases kami. Oh yaaa ... sekarang kami dah ada stok molases yang memang insyaAllah sentiasa ada ... datang je la .. kalau nak beli.

Posting kali ni takde gambo .. sori la yekk ... coz last time kat kandang aku lupa bawak camera ...:)

See yaaa ...

7 Aug 2008

Gambar2 kambing kami di kawasan riadah ... seronok je kambing2 ni sesekali dapat bebas. Bila duduk tengok depa2 ni meragut sana-sini terasa betul macam "Syawal - Si Pengembala kambing - Citer Ahmad Albab" hehehe ...
Memang tenang di hati dan fikiran ... di sini aku dapat lupakan habih semua kerja2 dan masalah ofis untuk seketika .... aku rasa ni la hobi yang paling best aku pernah ceburi.




16 Jul 2008

Haaaa ... ni lah kandang "low cost" kami. Spesifikasi boleh memuatkan 2 ekor kambing ... Modular design, boleh di panjang atau di lebarkan mengikut cita rasa sendiri ... hehehehe.

Takde ...sebenarnya kami buat kandang ni sebagai kandang kuarantin / emergency cases. Boleh juga di guna bagi penternak yang baru nak try test biz kambing ni ... kecik jekk .. 5' x 5'. Kos tak sampai RM100. Amacam?? cun tak ... oh yaa ... design kami dah patent kan .. hohohoho... acah jek.



Salam untuk semua. Lama dah blog ni tak di update, bosan sungguh. Sori la ye ... sibuk sikit hal kandang dan hal keluarga.

Apa pun kami ingin paparkan gambo2 anak2 kambing baru lahir antara Jun dan July ni. Ada 6 ekor semuanya ... Alhamdulillah rezeki ... paling sulung (dan besor) umurnya 5 minggu. Ada 3 betina & 3 jantan ...

p/s: Samddycool ... ko mesti lagiiiiiiii geram punya tengok anak2 kmbing ni ... hohohohoho...

23 Jun 2008

Apa Khabar ...

Salam untuk semua,


Sedikit perkembangan yang ingin di kongsi bersama. Taman riadah kambing sudah 90% siap. Lihatlah jogging track yang telah dibina … sungguh menenangkan. Ni nak bela kambing ke nak buat taman rekreasi …?? Dua-dua sekali dalam satu masa, kalau bole apa salahnya kan … dengan kos = free, buluh liar dan tanah kosong yang ada … gunakanlah sekreatif yang boleh.

Tak perlu saya komen tentang kerisauan dan tekanan ke atas penternak disebabkan harga barang naik dan secara direct nya kos penternakan juga naik … hanya pandangan sepuluh sen dari kami … bagi penternak kecil seperti kami ni … gunakanlah aktiviti penternakan ini sebagai satu cara untuk anda beriadah. Tambah nilai kepada bisnes kambing anda ini dengan nilai-nilai “fun” dan “stress free” activity. Kalau tidak kita akan dirundung rasa stress dan rasa nak give-up.

Oh ya … Alhamdulillah, sepuluh hari yang lepas kami dapat seekor anak kambing betina, sihat. Berat lahir 3.7kg dan sekarang dah 6.5kg. Hari ni kami dapat sms, ada lagi seekor induk yang dah melahirkan anak … kami akan sambung cerita nanti …

7 Jun 2008

Sebagai memenuhi permintaan di Lembah Kelang dan kawasan yang berdekatan dengannya, kami telah berusaha untuk menambah satu lagi ladang yang terletak di Bangi, Selangor. Projek kedua ini adalah usaha sama D'BARAQAH-FARM dan ME BOER & GOATS.

26 May 2008

Mesin Chopper Ku ...

Lepas setahun lebih beroperasi barulah kami mampu nak beli mesin chopper ni ... memandangkan bilangan kambing yang meningkat, lebih jimat tenaga kalau di "chop" kan rumput tu. Kalau tak letak dua guni, lebih dari setengah guni terbuang (jatuh bersepah).

Disamping tu, kami ambik masa nak survey jenis chopper yang sesuai dengan fungsi dan poket ... Kalau kami tengok2 la, sebenarnya dari utara ke selatan body chopper yang jenis ni sama jek kebanyakkannya, cuma boleh pilih nak enjin petrol, diesel or elektrik. Tapi ada tempat jual RM2900 ada yang sampai RM5000. Kami tengok sama je, dari segi housing, blade, feeder gear, pulley dan belting. Kami beli di Batu Pahat (sebab senang nak hantar) dan harga kat kedai tu RM3300 (enjin petrol Yamaha 5.5hp).

Kami penah juga tengok chopper yang lagi simple, takde feeder gear, blade dia macam mesin potong rumput tu jek ... dah test tapi tak berapa halus potongan napier dan mudah terbelit2. Untuk potong sikit2 ok laa ... dan kena la dengan harganya yang RM2000 ke bawah.

Masa baru pakai tu excited wooo ... maklumlah dulu duk tengok orang punya je.


Hari ni kita sambung lagi cerita la … penat tak hilang lagi, baru je sampai dari Pontian. Weekend lepas kami hantar supply garam bukit dan pegi menebang pokok buluh nak buat partition… Kami dah pun letak stok garam bukit yg mencukupi di Sanglang dan Batu Pahat. Jadi senang sikit pembeli nak ambil sendiri di lokasi mana yang lebih dekat.


Memandangkan tanah projek kami ni agak terhad, jadi kena buat partition dan plan untuk memaksimumkan penggunaan tanah. Buluh-buluh tu aku nak buat partition untuk kawasan kambing beriadah di bawah cahaya matahari .. hahahaha … best la kau kambing …!


Sedikit ilmu praktikal (sebab masa saya kursus tak di ajar ttg ni … tidor kot … hehehe) ingin di kongsi, kami rasa perlu kambing2 ni dilepaskan sekali2 … bagi mengurangkan jangkitan kurap yang disebabkan “fungus” … ada org panggil kurap lembap. Kalau kurap kering (kutu/ lice), senang inject pakai dektomax … tapi kurap basah ni dia akan senang berulang2. Jadi dari pengalaman kambing kami, dengan menjemur mereka ... hehehe … hilang masalah kurap lembap ni. Tapi waktu depa lepas tu kena pantau kambing2 ni … kang merayap tak tentu pasal. Pastikan tempat mereka beriadah tu taklah lecak atau berlumpur dan berPAGAR … nanti sakit lain pulak datang.


Satu lagi berita gembira untuk dikongsi bersama … Minggu lepas kami dah dapat offer letter dari Agro Bank untuk permohonan Skim 3F tuu … Alhamdulillah … bole la kami teruskan dengan perancangan seterusnya. InsyaAllah next week kami akan sign kontrak pinjaman tersebut …

24 May 2008

Visitor's on line.

hit counter

22 May 2008


Sekarang ni DBR, Sanglang sedang melalui Fasa 2 – iaitu process memperbaiki system penjagaan, pemakanan, menambah baka, breeding dan trading. Boleh kata setiap minggu aku ulang alik KL – Pontian untuk memantau kerja … huhuhuhu … penat woooo … tapi semangat mesti kental. Masa berlalu sangat pantas, bagi aku yang duk tengah sibuk mengurus atur kandang. Bagi kawan2 yang masih termenung sana-sini tak tahu nak buat apa di masa lapang … Cepat!! Bangun dan usaha …

Fasa 1 dulu kami hanya duk nak ‘test the water’ jekk … boleh ke jaga kambing ni … serasi ke … hangat2 tut..tut.. ayam ke? Tapi ternyata menarik industri kambing ni … di samping menjadi hobi dan tempat aku me-“release” kan tension dari kerja office … dapat jugak pendapatan sampingan sikit. Bole cover duit minyak dan tol aku balik Johor pun kira orait … sebab aku punya motivasi adalah dapat balik kampung lebih kerap jumpa mak bapak.
Aku rasa soalan yang selalu berlegar2 di kepala mereka yang baru plan nak start ni ialah … bole jual ke kambing nanti?? Secara jujur aku pun macam tu dulu … tapi sebenarnya soalan tu mestilah di tune kan sikit … berapa banyak rasa2nya aku boleh jual sebulan? … berapa kosnya?, berapa untungnya?, berbaloi ke penat lelah?, supplier mana?, pembeli mana? Camne cara nak jual? Etc2 … SO?? Apa jawapannya …?? Memang takkan ada “satu set” jawapan yang bole fit semua orang. Dan soalan2 tu hanya akan terjawab satu persatu setelah pengalaman dan networking terbentuk.

Kesimpulannya, kaki kena masuk dalam air dulu, baru tau sungai tu sejuk ke suam ke … sungai mesti di lalui dulu baru tahu batu ke pasir kat bawah tu … dan bila kaki dah basah teruskan berenang, jangan putus asa kalau tak hanyutttt … Memang risiko kena pikir sebelum berbuat sesuatu, jadi ukur risiko ikut kemampuan (ukur baju kat badan sendiri laa…). At least, kena la boleh (mampu) terapung dalam air kan … jangan kau pakat terjun jekk … gerenti lemas … Kalau mampu beli dan sustain 2 ekor … beli 2 ekor … jadikan hobi dulu … slow-slow build up kenalan dan ilmu … Jangan bersibuk sangat pikir camne nak dapat loan sana pinjaman sini …

Haaa .. kalau beli 2 ekor atau sekor tu .. kalu bole cari yang bunting laa … seronok beb kalau tengok anak dia dah keluar nanti … bagi semangat tu membara sikit ... hehehe

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online