Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

25 Jun 2009

Salam,
Lama dah tak update tentang breeding program kami ni ... asyik Feral ... Feral ... Feral ...
Ok, kali ni gambo antara boer yang ada. Yang group induk ni kira dah di "kawinkan" utk 2nd round. Ada yang dah bunting (muda) juga tu ... Anak2 1st round dulu Alhamdulillah sihat, sekarang dah di asingkan ke kandang2 kecil. Yang anak2 jantan kami akan "gumukkan" ...

--> Jantan bandot ku ... sungguh aktif menjalankan tugas ... hehehe.



Yang ni ... alahaiiii ... anak dara 8 bulan dah "terbunting" ... partition pecah, si bandot tu punya kerja laa ...









22 Jun 2009

Awang dan Dayang ...

Salam,

Begitulah nama security guard kami ni ... bagi chance la gambo dia masuk internet. Setakat ni, tak banyak complain lagi mereka berdua ni ... masih taat menjalankan tugas, meronda kawasan kebun. Makan pun tak banyak, jagung secawan dan kangkung kira ok dah ... kami cuba nak bagi hampas soya ... tapi tak mau dia.

Mereka ni dah di latih untuk "menyudu" bahagian2 tertentu penceroboh kandang ... hati2 ya ... owwww!!!



18 Jun 2009

Salam,

Tajuk macam gempak, tapi sempoi jek sebenarnya. Saja nak tunjuk dua benda yang baru (tak baru sangat la ...) kat tapak projek kambing kami.

1. Pondok menyimpan makanan ... yang tak seberapa. Bumbung pun pakai kanvas terpakai jek. Sekurang2nya teratur la sikit, kalu tak berserabut aku tengok tong2 biru tepi kandang, bawah kandang.

2. Highway konkrit ... teehehehe. Abih customer asyik complain, lori terbenam. Geram ... aku konkrit kan je la. Tanah situ memang ada lembut sikit la.
Tu je laahhh ... lain kali aku merapu lagi. Tenkiu.

15 Jun 2009

Perhatian ...!!!

Salam,

Kami baru dapat tau ada kambing kawan kami telah di curi. Sebanyak 28ekor induk Boer dan 2 ekor Pejantan Boer.

Sekiranya, tuan2/puan2 ada terdengar offer / jualan kambing yang xtraordinary atau mencurigakan, silalah selidik dahulu asal usul kambing ini.

Janganlah kita terlalu gembira dapat beli kambing murah ... walhal sebenarnya kambing tu kambing curi ... kambing kawan kita pulak tu.

Jika ada info yang dapat membantu boleh hubungi direct -- Amirul 017-9041864 dari Pearl Goat Farm http://kambingpearl.blogspot.com/

2 Jun 2009










Salam,

This week punya shipmt selamat sampai ke Pontian subuh tadi. Alhamdulillah.

Segeralah buat pilihan ya ... jangan ketinggalan lagi.

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online