Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

28 May 2009

Stok Update ...

Salam,


Alhamdulillah permintaan yang banyak untuk musim kali ni. Ada yang terpaksa tunggu untuk shipment next week. Don't worry, sebab sejak sebulan yang lepas kami telah mampu membawa stok ke Pontian setiap minggu. Shipment keseluruhan bersama rakan2 sekarang adalah 3x seminggu, bagi memastikan bekalan yang mencukupi ... tapi kena time "peak" mcm ni ... tu pun tak cukup!!!
Stok baru sampai di Pontian subuh tadi (tak dapat bawak banyak, coz allocation ke Johor dah kena hi jacked ke Pahang ... huhuhuhuhu)


Apa pun, selamat berniaga dan beribadah.


24 May 2009

Salam,

Sempena cuti2 akan datang ni, sudah tentu ramai yang nak berkenduri akikah / kahwin / berkhatan / mcm2 lagi ... Kami hanya ingin memberi peluang lebih ramai lagi menjalankan ibadah tersebut dengan harga kambing sembelihan yang berpatutan.

Oleh itu, penternak / peniaga kambing sekalian marilah beli ... Jualan Hebat Sempena Cuti Sekolah June 2009!!!
Harga :

1) RM 380/ekor (ex Mas Kargo); belian minima 45ekor.

2) RM 410/ekor (ex Farm Pontian); belian minima 25ekor.

Spesifikasi:

1) Feral yang spek orang refer 30kg-35kg tu lerr ... biasa kalau kat Pontian sana kami sebut "S" atau spek "3okgs" jeee ... terus terang, dalam lot ni memang ada yang 28kg, 32kg, 34kg sape dah biasa, boleh la bayangkan apa spek yang kami maksudkan ni ...

2) Sudah salin gigi sepasang.

Walaubagaimanapun, belian pukal ni terdedah kepada kesilapan yang tak disengajakan. Kami pun makhluk Allah yang lemah. Tapi, InsyaAllah dengan sistem selection baru kami di Aussie, sekurang2nya 90% above 30kg dan dah salin gigi.

Kalau nak daging lebih pulak, kami pun ada juga stok feral 35kgs, 45kgs ... harga yang ni macam biasa la ...

21 May 2009

Salam,

Bercerita sikit tentang 'Dilemma Kambing Feral'.

Sebagai peniaga kambing kecilan dan tak seberapa ni ... kami kenalah banyak belajar tentang kambing feral ni dari "otai2" ...
Boleh dikatakan peniaga kambing untuk akikah korban yang well established dah faham dan tau mcm mana nak handle feral ni. Bila cakap dengan mereka ni ... mmg ada la kes2 feral mati yg tak dapat dielakkan. Itu perkara biasa dan adat meniaga (kata mereka ... cool jek). But, mereka still "deal" dgn feral ni ... dah bertahun2. Maksudnya, mereka mampu mengawal tahap casualty tu ke paras yg minima, mungkin max. 3% saja. Nak tau rahsia mereka ni ... kita kena rajin berjumpa dan beramah dengan mereka ... tu saja caranya. Dan yang paling penting untuk kita tahu di sini adalah ... ada demand untuk kambing ni ... !!!

Ada juga penternak kecil di BP (kawan kami), bukan setakat bole maintain feral, boleh siap digemukkan lagi ... haaaa.

Back to biz, hehehehe ... Shipment kali ni feral sahaja. Berat range 30kg - 40kgs++. Alhamdulillah, bulk order telah selamat sampai ke customer di JB. Selebihnya akan di hantar ke penternak2 sekitar Johor dalam sehari dua ni.

InsyaAllah, stok sentiasa ada di kandang. Cuma kena tengok spec. laa ... biasanya yang beso2 tu always fully booked.

Mari mula meniaga kambing di samping menternak. Kalau bela saja, duit poket kita beri kat kambing sajalah ... ehmm.

13 May 2009

Salam,

Ni haa ... nak tunjuk sikit antara feral yang "terhensem" kami penah jumpa.

Anggaran berat 40kg - 43kg. Warna tu memang cunn, oren karat... hehehe. Siap pakai coat bulu lagi ...
Mula sayang gak, tapi orang dah nak sambar terus ... bagi je laa ...

9 May 2009

Salam, kepada semua rakan penternak di seluruh Malaysia, khususnya di JOHOR Darul Takzim. Shipment paling terbaru selamat sampai ke Pontian petang tadi jam 4.00 petang (9/5/09). Bagi memenuhi permintaan ramai untuk stok BIRI-BIRI kami mencuba sedaya upaya untuk membawa masuk BIRI-BIRI dalam shipment kali ni bersama stok popular masa kini...FERAL. Harap berpuashati dengan stok BIRI-BIRI yang mostly >50kg

Macam biasa...stok FERAL kami dijamin besar overall lebih 40kg disamping stok below 40kg yang sedia ada. Datanglah untuk membuat pilihan sendiri...biar puashati, sementara stok masih ada!. Make a good choice for a better price!!! 


7 May 2009

JUALAN TERGEMPAR...!

Salam,

Sekali lagi kami ingin berkongsi peluang untuk mendapatkan Bapak Boer dengan harga rendah.

Dalam tengah pilih2 kambing di Australia, kawan kami ada dapat good deal untuk Boer Jantan FB (with Cert.). Ingin kami berkongsi bersama. Berikut detailnya:
Berat : atas 50kg 

Harga : RM 1,900 seko (ex KLIA)

Shipment pertama selamat sampai...
gambar ihsan dari rakan pembeli.

Yaaa ... jangan tak percaya. With Cert. tauu ..!!! nak banyak ... boleh nego lagi tu ...

Kalau minat call untuk order. Tawaran sementara stok masih ada. Tak selalu dapat offer2 cam nie ...

Ikuti perkembangan blog ni ... Kami akan sentiasa war2 kan peluang2 yang melintas depan kami semasa di Australlia.

6 May 2009

Salam,

Gambar hiasan je tu ... kami masih belum berupaya nak trading kuda lagi ... hehehe. Kebetulan ada orang bwk kuda pulak dalam shipment kali ni. Dapat juga la tengok macam mana cara mereka unload kuda dari "crate special" ni ... dan load pulak dalam lori. Siap kena bawak berjalan2 pusing2 animal hotel tu pulak ... mungkin nak kurangkan stress kuda2 tu ...

Seperti biasa stok feral kami selamat sampai di Pontian awal pagi ini. Bersama2 shipment ni juga ada 30ekor feral telah selamat ke Melaka.

Spec. kali ni ada macam2 skit, sebab kami ambil dari lokasi yang berbeza sikit. Boleh la buat pilihan ikut harga. Yang regular customer tu, kita runding mcm biasa la yaa ...

Oh ya ... kami juga buka tempahan bagi kawan yang nak ambik terus dari KLIA. Kuantiti dan harga kita bole bincang ... call je la ya.

5 May 2009

Betina Sopan ...

Salam,

Ni pulak koleksi anak boer muda (aka dara) yang lahir di kandang kami. Umur 8bulan. Berat 20 ke 25kg. Lagi 4 ke 5 bulan kami akan "adjust" kan mereka ni dengan Buck FB Kalahari tuu ... hehehe.






Jantan Riang ...

Salam,

Ini dia 5 ekor anak boer jantan (seko tu bapak FB Kalahari), sudah cerai susu selama sebulan. Umur sekarang 4 bulan. Anggaran berat dalam 10 ke 15k. Lokasi Sanglang, Pontian.

Kalau minat nak merisik sila lah datang tengok dan runding ya ... Call nak survey2 harga pun boleh ...

P/s: yang betina udah cerai susu pun ada, tapi gambo takde plak.

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online