Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

11 Mar 2011

Salam,


Alhamdulillah, kami masih dapat maintain bekalan kambing akikah untuk pengguna kawasan setempat. Dapatlah ibadah akikah diteruskan dengan mudah ...

Dapat juga supply ke rakan penternak yang biasa (regular customer), supaya mereka pun dapat support permintaan setempat mereka.

Bekalan memang amat kurang, harga landed pun semakin mahal ... nak buat macam mana?..

Kambing bermutu (saiz dan harga) keluaran tempatan masih tak nampak bayang lagi nie ...

21 Jan 2011

Salam kepada peniaga kambing sekalian diharap masih dapat bersama meneruskan cita-cita.

Banjir besar di Australia menyebabkan "kekeringan" bekalan kambing di Malaysia.

Bila bekalan kurang, harga pun melambung tinggi. Pengguna juga terpaksa menelan saja kenaikkan harga jualan runcit.

Dengar khabar, import kambing sembelihan akan di kurangkan oleh kerajaan atas dasar untuk menolong "penternak2" kambing tempatan menjual kambing mereka yang tak dapat nak jual kerana saingan kambing2 import ni .... ehhmm ... sapa ya "penternak2" tu ...?

Kami peniaga dan pengguna kambing berharap, "penternak2" yang dimaksudkan itu SEGERALAH mengeluarkan kambing2 bermutu dari segi harga dan berat daging.

Buat masa ini terbukti bekalan "penternak2" tempatan masih amat kurang. Apabila kambing Australia tak masuk je ... habis bertempiaran peniaga kambing kecil mencari stok kambing sana-sini ... tak jumpa. Kalau jumpa pun sekor dua dengan harga yang tinggi. Telannnn je laa ...

Apa2 pon ... kami sentiasa memastikan kandang tak kering kambing/ biri2 ... :)

Stok terbaru masuk ... biri2, sedia untuk dibeli.

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online