Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

22 Mar 2009

Salam,
Dalam duk loading stok kambing baru sampai semalam, ada la seekor Feral ni membuat aksi yang sungguh menjolok mata ...
Haaa ... tengokla gambo, kesian dia... sebenarnya tanduk dia tu "distorted" skit hingga mencucuk mata sendiri, mungkin sejak remaja lagi ... "skodeng" kuat kot ... kekekeke ...Ni consider untuk jualan daging sajalah nampaknya ... badan besar!! above 45kg tu ...


UPDATE TERKINI!!
Selingan seperti biasa, stok baru Feral size "L" (>40kg la..) selamat sampai Pontian jam 5.50pagi. Ngantukkkknyaerrr ... Kepada yg berminat, sila cepat kalu nak test yang berat dekat 50kg pun ada. Majority mmg >40kg. Tapi ada beberapa yang below, tapi minimum pun 35kg laa ... Apalagi!!! JOM!... pastikan kordinat anda tepat! 1deg 37' 48.26"  / 103deg 18' 9.85".





15 Mar 2009

Stok Update Lagi ...

Salam, seperti biasa kami nak umumkan stok kambing feral 16hb Mac 09, dah sampai hari ni. Tercepat la pulak ... Alhamdulillah, saiz stok baru ni semua above 40kg. Ada yang mengalahkan Merino tu ... ( sampai ~50kg).

Sape cepat pilih, dapatlah yang beso2 tak ingat tuu ... tentang harga kami dah standardisekan untuk yang above 40kg tu kira semua sama. Sapa cepat boleh lah grab yang ~50kgs punya lot ... kalau terlambat skit pun takpe ... yang lain pun tak kurang 40kg.

Nak yang standard size ~35kg pun kami ada ... hehehe. Stok always ready mengikut budget masing2. InsyaAllah.

9 Mar 2009

Kami ingin mengucapkan Selamat Menyambut Maulidur Rasul, selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad (s.a.w.), keluarga dan para sahabat baginda .

Semoga kita sentiasa ingat dan mengambil iktibar atas perjuangan baginda dan kasih sayang yang dilimpahkan olehnya kepada kita, umatnya. InsyaAllah ...

2 Mar 2009

Salam,
Kali ni kami saja nak berkongsi pengalaman sambil meminta pandangan sahabat2 lain. Bagi mereka yang dah biasa beli kambing feral ni, mungkin dah melaluinya juga.

Pada awalnya, masa experience pun takde ... bila "segerombolan" feral dah tiba, kami pun ingat yang "badan" besar2 tu (berat 35kg - 40kg) gerenti dah cukup umur (utk akikah/korban) ... TAPI sebenarnya tak juga, banyak juga yang masih kesemua gigi kecil lagi. Ada juga yang "badan kecik" (berat ~30kg) dah salin sepasang gigi depan tuu... ehmm.

Lepas tu, kami cuba berpandukan pada panjang "tanduk" pula. Mulanya, ingatkan tanduk yang dah "corner" sekali (tau kan..camne..? tak tau call ...hehehe) tu gerenti dah cukup umur ... TAPI sebenarnya tak juga, masih ada juga yang kesemua gigi kecil lagi. Walaubagaimanapun, setakat yang kami jumpa, yang mana tanduk dah 2 kali corner tu, dah pun salin gigi depannya, insyaAllah dah cukup umur.

Abeh tu camne?? ... kami sebagai pembekal mestilah bertanggungjawab memastikannya. Jadi, terpaksalah buat 100% check ... bukak mulut tuuu. Sampai lebam2 celah peha duk menunggang feral .... isykkkk. Sape biasa buat, tau la mcm mana liar dan bertenaganya feral2 ni.

Apa2 pun, kepada pembeli / penternak, diminta pastikan ... bila dah pilih tu, sila cek sendiri masa dikandang kami ... manalah tau kan, kami ni hamba Allah yang lemah, tak terkecuali dari melakukan kesilapan. Itulah komitmen kami ... InsyaAllah.

Ape lagi ... jom la beli kambing kami ... heee :)

-> Tempahan dibuka untuk shipment 16Mac09, akan ditutup pada 12Mac09.

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online