Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

3 Dec 2008
PUSAT JUALAN BORONG D BARAQAH
0 comments Posted by d_baraqah@yahoo.com at Wednesday, December 03, 2008Setapak lagi ke hadapan, kami telah mewujudkan pusat jualan kambing secara borong bagi penternak di Johor.
Kami mempunyai stok biri2 merino, feral dan boer untuk akikah / korban / daging. Belian borong dari kami amat digalakkan dan belian runcit juga amat dialu-alukan ... :)
Senarai harga kami ada tertera di sebelah kanan atas tuuu ...
Kami menawarkan harga borong dengan belian minimum (5 ekor), yang berpatutan bagi penternak2 kecil yang baru nak "bertrading" ... Kambing / biri2 boleh ambil di kandang kami ayer baloi, pontian.Kepada pembeli setia, kami ucapkan ribuan terima kasih atas sokongan anda. Bagi pembeli baru, sila ke kandang atau hubungi kami untuk meninjau barang dan berunding. Sekiranya harga kami masih tak kompetitif tolong beritahu supaya kami dapat menganalisa di mana kelemahan kami, dan InsyaAllah kita boleh bersetuju pada harga yang tertentu.
24 Nov 2008
Boleh ke kita buat Breeding ...??
0 comments Posted by d_baraqah@yahoo.com at Monday, November 24, 2008Memandangkan Pejantan sulong kami tak cukup "kaki" nak melayan induk2 ... dan memandangkan ada anak2 betina yang bakal menjadi dara tak lama lagi ... maka kami pun telah menambah seko lagi Jaguh ...

20 Nov 2008
Salam, semoga rakan pengunjung masih setia bersama kami ...


13 Nov 2008
Sideline Story ... Lawatan Tergempar
1 comments Posted by d_baraqah@yahoo.com at Thursday, November 13, 2008Lawatan ke mana anak2 ...?? Zoo Negara..!! , mengambil kesempatan sebelum cuti sekolah "rush"... kami sampai pukul 9.30am dan pulang 12noon. Sempat tengok "animal show" at 11am.
Antara gambar-gambar yang seronok untuk di kongsi dan ada sedikit kaitan dengan tema blog ni ...kambing / lembu / ternakan ... Note: Ada jugak depa2 ni kat sini yea ... hehehe ... bagus jugak tu bagi yang takde peluang nak kenal macam mana rupa kambing.
Note: Haa ..yang ni kalau nak bela boleh jugak ... ada potensi ... daging pun sedappp ...
Note: Bagi penternak lembu ... yang ni agaknya kalau buat Pejantan sure excellent ...
Note: errrrrhhmmm ... yang ni bule suruh jaga kebun kott ... sendiri la mau ingat.
Okeh ... enough for such a sideline story. We'll be back with more kambing soon, InsyaAllah. Terima kasih ...
18 Oct 2008
KAMBING "KASI" / KEMBIRI - SAH KORBAN??
0 comments Posted by d_baraqah@yahoo.com at Saturday, October 18, 2008Salam,
Memandangkan isu kambing kasi untuk ibadah akikah dan korban telah dibangkitkan sekali lagi ... maka saya ingin paparkan surat pengesahan dari JAKIM di bawah untuk penternak dan pengguna sekalian ... Surat ni saya dapat dari seorang "Otai" yang sudi utk. share info ni pada semua, tapi nama dirahsiakan atas sebab2 privacy ...
Dengan ini juga pengguna mempunyai lebih banyak pilihan ... diharap juga dapat beribadah disamping mendapat pilihan daging kambing yang lebih baik.
Tuan/pan boleh juga bertanya secara direct ke JAKIM sekiranya ada maklumat tambahan / kepastian diperlukan.
Wallahu'alam.
7 Oct 2008
Kami ada 3 ekor anak kambing jantan untuk di jual (seperti gambar). Umur semua 3 bulan dan sudah cerai susu. Berat badan antara 17kg ke 18kg. Growth rate mereka dari lahir sangat baik dan sesuai untuk dijadikan Pejantan untuk menambah baik baka2 kambing anglo, kampung dan cross.
Sila hubungi kami untuk berbincang dengan lebih lanjut.
Boer F3
(Anak dari induk F2 dan pejantan FB)
Harga Tawaran = Call for update (Now 6mths)
Berat = ~25kg (updated)
SOLD!!! (Nov.08)
Boer F5
Anak dari induk F4 dan pejantan FB
Berat = 25kg
SOLD!!! (Jan.09)
Boer F5
Anak dari induk F4 dan pejantan FB
Berat = ~25kg
Kami beraya sebulan jadi kira belum terlambat lagi untuk ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf sekiranya ada salah silap tuturkata atau penulisan yang menyinggung.
28 Aug 2008
26 Aug 2008
Anak Kambing Buta ... a.k.a SEPET
0 comments Posted by d_baraqah@yahoo.com at Tuesday, August 26, 2008

19 Aug 2008
Hari ni cerita freestyle sikit ...
Last weekend, pegi MAHA2008 ... memang sambutan hangat, dapat melawat rakan2 penternak yang dah berjaya dan menggelapkan kulit ... panas terikkk... Facility kat situ dah banyak improve dari tahun 2007. Kemudahan surau, tempat makan, bus/ tram memudahkan pengunjung.
Di ruangan ini juga kami nak berterima kasih kepada Jabatan Haiwan Daerah Pontian, kerana sering berkunjung ke kandang kami, jika tidak untuk merawt, memantau tetapi juga membeli molases kami. Oh yaaa ... sekarang kami dah ada stok molases yang memang insyaAllah sentiasa ada ... datang je la .. kalau nak beli.
Posting kali ni takde gambo .. sori la yekk ... coz last time kat kandang aku lupa bawak camera ...:)
See yaaa ...
7 Aug 2008


16 Jul 2008
Kandang utk di Jual !! Murah2 ... :)
0 comments Posted by d_baraqah@yahoo.com at Wednesday, July 16, 2008Haaaa ... ni lah kandang "low cost" kami. Spesifikasi boleh memuatkan 2 ekor kambing ... Modular design, boleh di panjang atau di lebarkan mengikut cita rasa sendiri ... hehehehe.






23 Jun 2008
Sedikit perkembangan yang ingin di kongsi bersama. Taman riadah kambing sudah 90% siap. Lihatlah jogging track yang telah dibina … sungguh menenangkan. Ni nak bela kambing ke nak buat taman rekreasi …?? Dua-dua sekali dalam satu masa, kalau bole apa salahnya kan … dengan kos = free, buluh liar dan tanah kosong yang ada … gunakanlah sekreatif yang boleh.
Tak perlu saya komen tentang kerisauan dan tekanan ke atas penternak disebabkan harga barang naik dan secara direct nya kos penternakan juga naik … hanya pandangan sepuluh sen dari kami … bagi penternak kecil seperti kami ni … gunakanlah aktiviti penternakan ini sebagai satu cara untuk anda beriadah. Tambah nilai kepada bisnes kambing anda ini dengan nilai-nilai “fun” dan “stress free” activity. Kalau tidak kita akan dirundung rasa stress dan rasa nak give-up.

7 Jun 2008
KOLABORASI D'BARAQAH & ME BOER & GOATS
0 comments Posted by d_baraqah@yahoo.com at Saturday, June 07, 200826 May 2008
Progress update & Pengalaman & AgroBank
0 comments Posted by d_baraqah@yahoo.com at Monday, May 26, 2008Memandangkan tanah projek kami ni agak terhad, jadi kena buat partition dan plan untuk memaksimumkan penggunaan tanah. Buluh-buluh tu aku nak buat partition untuk kawasan kambing beriadah di bawah cahaya matahari .. hahahaha … best la kau kambing …!
Sedikit ilmu praktikal (sebab masa saya kursus tak di ajar ttg ni … tidor kot … hehehe) ingin di kongsi, kami rasa perlu kambing2 ni dilepaskan sekali2 … bagi mengurangkan jangkitan kurap yang disebabkan “fungus” … ada org panggil kurap lembap. Kalau kurap kering (kutu/ lice), senang inject pakai dektomax … tapi kurap basah ni dia akan senang berulang2. Jadi dari pengalaman kambing kami, dengan menjemur mereka ... hehehe … hilang masalah kurap lembap ni. Tapi waktu depa lepas tu kena pantau kambing2 ni … kang merayap tak tentu pasal. Pastikan tempat mereka beriadah tu taklah lecak atau berlumpur dan berPAGAR … nanti sakit lain pulak datang.
Satu lagi berita gembira untuk dikongsi bersama … Minggu lepas kami dah dapat offer letter dari Agro Bank untuk permohonan Skim 3F tuu … Alhamdulillah … bole la kami teruskan dengan perancangan seterusnya. InsyaAllah next week kami akan sign kontrak pinjaman tersebut …
24 May 2008
22 May 2008
Fasa 1 dulu kami hanya duk nak ‘test the water’ jekk … boleh ke jaga kambing ni … serasi ke … hangat2 tut..tut.. ayam ke? Tapi ternyata menarik industri kambing ni … di samping menjadi hobi dan tempat aku me-“release” kan tension dari kerja office … dapat jugak pendapatan sampingan sikit. Bole cover duit minyak dan tol aku balik Johor pun kira orait … sebab aku punya motivasi adalah dapat balik kampung lebih kerap jumpa mak bapak.
Aku rasa soalan yang selalu berlegar2 di kepala mereka yang baru plan nak start ni ialah … bole jual ke kambing nanti?? Secara jujur aku pun macam tu dulu … tapi sebenarnya soalan tu mestilah di tune kan sikit … berapa banyak rasa2nya aku boleh jual sebulan? … berapa kosnya?, berapa untungnya?, berbaloi ke penat lelah?, supplier mana?, pembeli mana? Camne cara nak jual? Etc2 … SO?? Apa jawapannya …?? Memang takkan ada “satu set” jawapan yang bole fit semua orang. Dan soalan2 tu hanya akan terjawab satu persatu setelah pengalaman dan networking terbentuk.
Kesimpulannya, kaki kena masuk dalam air dulu, baru tau sungai tu sejuk ke suam ke … sungai mesti di lalui dulu baru tahu batu ke pasir kat bawah tu … dan bila kaki dah basah teruskan berenang, jangan putus asa kalau tak hanyutttt … Memang risiko kena pikir sebelum berbuat sesuatu, jadi ukur risiko ikut kemampuan (ukur baju kat badan sendiri laa…). At least, kena la boleh (mampu) terapung dalam air kan … jangan kau pakat terjun jekk … gerenti lemas … Kalau mampu beli dan sustain 2 ekor … beli 2 ekor … jadikan hobi dulu … slow-slow build up kenalan dan ilmu … Jangan bersibuk sangat pikir camne nak dapat loan sana pinjaman sini …
Haaa .. kalau beli 2 ekor atau sekor tu .. kalu bole cari yang bunting laa … seronok beb kalau tengok anak dia dah keluar nanti … bagi semangat tu membara sikit ... hehehe
PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...
d_baraqah@yahoo.com