Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

26 Feb 2009
Salam,
Cuma nota ringkas ... stok kambing akikah / korban / daging selamat sampai di Sanglang. Dijamin cukup umur (sudah salin gigi).
Silalah tinjau2, tanya2 dan beli yaaa ... :)
Tempahan untuk stok akan datang telah dibuka (Feral dan Boer). Tempahan akan ditutup pada 1hb March 2009. CEPATTT!! booking untuk diskaun menarik ...
17 Feb 2009
Sempena Kedatangan Maulidur Rasul ...
0 comments Posted by d_baraqah@yahoo.com at Tuesday, February 17, 2009Salam,
Agaknya ramai yang dah tahu pasal bencana alam di Australia yang menyebabkan sebahagian besar shipment dari beberapa importer terpaksa di tunda.
Ramai juga penternak2 yang sudah mula bersiap sedia untuk menyimpan stok bagi permintaan untuk ibadah akikah/korban sempena Maulidur Rasul tak lama lagi.
InsyaAllah kami akan dapat menyediakan stok yang mencukupi untuk rakan2 penternak di Johor bagi tujuan ibadah itu.
Jadi, rebutlah peluang untuk buat tempahan segera ...
11 Feb 2009
4 Feb 2009
Subjek Kesihatan ... Cirit Birit :)
0 comments Posted by d_baraqah@yahoo.com at Wednesday, February 04, 2009Salam,
Kami nak bercerita disamping berkongsi ilmu. Seperti biasa kalau bab2 Kesihatan ni, kami sentiasa merujuk khidmat nasihat dari Dr Zul Glovet (http://www.globalveterinary.blogspot.com/) . Bukan apa, depa ni senang nak dihubungi dan mesra alam ... hehehehe.
Ok, ceritanya bermula ... 3 ekor kambing kami ni cirit birit, monyok tak mau makan. Seperti biasa langkah pertama diasingkan dulu dan dibersihkan tempat najis tadi. Lepas tu kami pun bagila Scourban Plus. 2 hari takde improvement pun ... risau plak. Kami call la talian hayat (Dr Zul tu laa...). Rupa2 nya silap dos daaa .... selama ni kami mmg dah silap. Kami duk bagi satu pump Scourban (mmg ada attached pump kat botol dia) setiap sekor, 2x sehari.
Yang sebenornya, dos dia 1ml/1kg berat badan... so untuk kes kami ni lebih kurang 35ml bagi seekor (sekali saja). Ikut kata Dr Zul pun pump tu tak berapa tepat, so elok guna picagari dan sukat betul2. Semalam dah bagi ikut dos yang betul. Alhamdulillah, 2 ekor dah keras sikit tinja dia dan mula nak makan. Yang satu lagi masih ada cair ... tapi dah nak makan juga.
Selain dari ubat ni, kalu kena kes cirit, kami stop bagi rumput dulu. Kami cuma bagi daun jambu dan daun sawit. Selamat mencuba ya tuan2 puan2 ...
PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...
d_baraqah@yahoo.com