Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

Lot 2024 Parit Lapis Kasan, Kg Sanglang, Pontian, Johor. & Kampung Bintang, Pesrai, Batu Pahat

21 May 2010

Salam,


Sementara tunggu next stock, mari kongsi ilmu ... kita buat cerita je la yaa ... takde mengena dengan yang idup atau dah mati ...

Katakanlah si Atan ni nak mula meniaga kambing untuk sembelihan akikah/ korban (feral/biri) secara kecil2an. Ada modal pun cukup untuk beli borong 5 ekor. Kalau yg. ada modal nak beli 50ekor, lain pulak ceritanya ya. Ni cerita Atan peniaga kecil ...

Dia pun survey lah harga ... untuk yg saiz 40kg.
Pembekal A bagi harga RM 490/e siap hantar. Kambing dah ready atas kandang, boleh pilih terus bayar dan ambil.
Pembekal B bagi harga RM 470/e siap hantar. Tapi kambing kat Australia lagi ... ehmmm katanya seminggu lagi sampai KLIA ... ehmmm "betui kaa" kata Atan.

Musim akikah lagi seminggu, Atan confident boleh jual RM650 seko siap potong (Mak Bedah memang dah tanya2 pasal kambing nak buat akikah cucu dia nanti ... )
Untung kasar dalam rm 160 (kalu amik ngan Pembekal A) atau
RM 180 (kalu amik ngan Pembekal B)

Rasa2 nya dgn sape patut Atan amik kambing tu ... A atau B?

Senang je kot nak jawab ... tapi bak kata orang Sanglang, consider lah ... faktor Opportunity Lost (kalu dia tunggu kambing yang masih kat Australia semata2 nak untung lebih lagi RM20, last2 shipment delay, kambing tak sampai).

Hanya cerita dan pendapat kami sahaja. Di harap dapat iktibar ...

1 comments:

Anonymous said...

Salam...pendapat saya ambil apa yang dah depan mata...kurang risikonya :)

PESANAN UNTUK KAMI DI SINI ...

Sekiranya ingin memberi komen / nota / pesanan secara bertulis, sila gunakan email kami :

d_baraqah@yahoo.com
 

blogger templates | Make Money Online